7 CARA TERBAIK BUAT DUIT SECARA ONLINE
Kali ini kami ingin kongsikan kepada ada semua tentang Bagaimana Cara Orang Buat Duit di Internet.
Dalam artikel ini, anda akan di dedahkan dengan 7 cara popular yang sudah dilakukan oleh ribuan IM, di mana mereka sudah merasai kejayaan menjana wang dengan hanya bekerja dihadapan skrin komputer di rumah. Untuk menjana wang secara online, anda mempunyai banyak pilihan dan boleh memilih mengikut kemampuan serta minat anda.
Disini, saya berikan 7 cara tersebut :
- Amaran! Artikel ini hanya sesuai untuk Beginner atau Newbie dalam pemasaran online.
Cara #1 : Hasilkan Produk Digital Berdasarkan Ilmu & Kemahiran Anda
Jika anda mempunya kemahiran, tak kisah la seorang tukang masak atau seorang doktor, maka anda boleh hasilkan sebuah eBook anda sendiri.
Produk jenis e-buku ini tidak memerlukan kos yang besar untuk dihasilkan. Modal utamanya adalah ilmu dan pengalaman anda. Apa yang perlu anda lakukan, hanya kumpul serta susun idea dan pengalaman anda itu dengan menuliskannya di dalam microsoft word, kemudian, tukarkan ia ke dalam format pdf. Kini anda sudah ada satu produk yang boleh anda jual di internet. Senang kan?
Cara #2 : Menjual Produk Fizikal Menerusi Internet
Jika sekarang anda ada kedai jual pakaian, apa kata expand bisnes anda itu ke atas talian (online)?
buat 1 fanpage, masukkan gambar2 produk anda tersebut, kemudian promosikan di fanpage,fb group atau boleh guna fb ads!.
Cara lain lagi adalah dengan menjual produk-produk yang mudah di dapati di tempat anda, tetapi sukar untuk diperolehi di tempat-tempat lain. Contohnya, jika anda merupakan seseorang yang tinggal di Kelantan, anda mungkin boleh menjual budu yang limited edition hanya ada dijual di kelantan sahaja. Ataupun jika anda tinggal di Sarawak, anda boleh jual Kek Lapis Sawarak. Terengganu pula Kain Batik, Songket, Sutera dan macam-macam lagi la.
Anda seharusnya mencuba benda ini, cuba menggunakan peluang dengan memasarkan produk yang popular di tempat tinggal anda ke seluruh Malaysia menerusi internet.
Cara #3: Mepromosikan dan Terus Menjual Produk Orang Lain (Affiliate)
Jika anda tiada idea untuk buat ebook, tiada produk fizikal yang istimewa untuk dijual, mungkin anda boleh membantu orang lain dengan tolong mereka promosikan dan jual produk mereka dan anda mengaut untung dari komisen hasil jualan tersebut. Ada tip-tip menarik untuk anda mempromosikan affiliate.
Pertamanya, cari produk yang menawarkan komisyen lebih dari 50% kepada affiliate. Sebagai Contonh Produk tersebut offer 80% kepada affiliate mereka. Kedua nya, cari digital yang tengah HOT di pasaran. Model bisnes sebegini disebut affiliate.
Cara #4: Menjual Produk Fizikal Tanpa Memegang Stok (Dropship)
Jika dahulu ramai yang terpaksa menangguhkan minat untuk berniaga kerana tiada modal untuk mengambil stok produk, tetapi pada hari ini, satu model bisnes baru telah wujud yang membolehkan usahawan baru agar memulakan perniagaan mereka tanpa perlu menyimpan sebarang stok produk. Ianya dipanggil bisnes dropship.
Melalui dropship, anda sebagai penjual tidak perlu membeli dan menyimpan stok produk dan tidak perlu menghantar produk kepada pelanggan, kerana semua itu akan dilakukan oleh pihak pembekal.
Sebagai contoh, anda jumpa pembekal produk Baju Cegah Buncit dari Syarikat GH yang menawarkan anda dengan harga pembekal serendah RM30. Harga pasaran pula bernilai RM230! Ini bermaksud untuk satu helai baju cegah buncit tu, anda boleh mendapat untung sebanyak RM200!
Apa yang perlu anda lakukan ialah promosikan produk tersebut di facebook, twitter, instagram dan lain-lain medium, kami lebih prefer anda untuk hanya mempromosikan di laman sosial kerana bagi kami 'tempat ramai orang adalah paling senang untuk buat Sale'. Selepas menerima bayaran dari pembeli, anda hanya perlu membuat bayaran pula kepada pembekal, maklumkan kepada pembekal tentang maklumat pembeli seperti nama, alamat dan nombor telefon. Pihak pembekal pula akan terus menghantar produk tersebut kepada pembeli dengan segera malah pembeli tidak tahu-menahu pun yang anda adalah dropship!
Anda sebenarnya hanya akan bertindak seperti orang tengah. Cuma, apa yang lebih menarik, urusan penghantaran produk, warranti produk, pemulangan produk, semua di atas tanggungjawab pihak pembekal.
Cara #5: Buat Blog atau Website
Jika anda gemar menulis atau kongsikan sesuatu yang kelakar atau berguna kepada orang, maka cara ini adalah sesuai buat anda. Sebagai contoh, jika anda merupakan seorang suri rumah dan pada masa yang sama anda gemar untuk menulis di blog anda ketika waktu lapang bersama anak-anak di rumah, anda boleh berkongsi pengalaman kerjaya anda sebagai suri rumah di blog anda.
Blog yang ditulis oleh pengalaman peribadi seseorang biasanya bakal mendapat sambutan yang tinggi. Apabila blog anda mempunyai pelawat yang konsisten, anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk menjana wang dengan meletakkan iklan di ruangan blog anda. Pilihan yang anda boleh sertai ialah:
- Komli
- H12 Media
- Google Adsense
- Nuffnang
- Adcash
Jika anda selalu update blog secara konsisten, dan mampu menarik ramai pembaca, anda berpeluang untuk menjana lebih banyak wang melalui blog anda menerusi pengiklanan.
Cara #6: Menjual Servis Di Internet
Tak perlu mahir pun dalam sesuatu bidang, cukup setakat pandai. Contohnya, jika anda merupakan seorang yang boleh buat design, anda boleh menawarkan servis untuk membuat design logo, ataupun design FB TimeLine Cover untuk peniaga kecil online.
Web jual beli servis di Malaysia www.niaga2u.net
Web jual beli servis di Malaysia www.niaga2u.net
Antara kemahiran yang boleh anda tawarkan sebagai servis adalah seperti kemahiran membina website, mengemaskini facebook, merekabentuk logo, menulis artikel dan bermacam lagi.
Cara #7: Pengikut, Pelawat dan Pembaca
Ini adalah paling penting bagi kami. kami rasa, tanpa anda semua pembaca dan pengikut setia GH, siapa lah kami disini kan?
Begitu juga dengan buat duit di internet, tanpa pelawat, tiada guna kita buat website letak iklan. Tanpa pembaca, tak ada guna kita post iklan promosi kat facebook tu.
Jadi kesimpulannya, sambil-sambil buat apa jua benda yang kita tengah buat untuk cari duit, jangan lupa juga cari followers. Followers ni sangat sangat sangat sangat penting! jatuh bangun kita boleh bergantung kepada mereka.
Anda boleh meninggalkan komen dan berkongsi pendapat anda tentang artikel ini.
Semoga tahun 2014 ini akan memberi kejayaan hebat buat anda usahawan online yang berjaya, insyaAllah, amin.
P/S: 2014 ini dijangka tahun bisnes online. taknak cuba ke?
.jpg)
0 komentar:
Posting Komentar