KITKAT UNTUK HTC ONE MAX AKAN HADIR PADA BULAN HADAPAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca.
Pihak HTC telah memperkenalkan kemaskini android 4.4 iaitu KitKat untuk pengguna HTC One sebelum ini. Namun, berlaku sebaliknya pula pada pengguna HTC One Mini dan HTC One Max. yang masih belum diperkenalkan secara rasmi buat masa ini.
Pihak HTC melaporkan bahawasanya kemaskini KitKat untuk HTC One Mini bakal hadir pada bulan April kelak, manakala phablet HTC One Max pula dikhabarkan akan hadir pada bulan Mac.
Kemaskini terhadap sesuatu peranti kini telah menjadi salah satu faktor pembelian oleh pengguna. Dan ia dilihat oleh pihak HTC yang sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam memudahkan proses mengemaskini tersebut.
Android 4.4.2 KitKat dilihat menyertakan beberapa perkara yang baharu. Misalnya sokongan pencetakan awan, menambah baikkan pada sekuriti dan pengurusan memori serta beberapa perkara yang lain.

0 komentar:
Posting Komentar