Sabtu, 22 Februari 2014

RPC INGIN MEMUDAHKAN PROSES MEMBUAT "RESTORE POINT" PADA WINDOWS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Windows - Salah satu fungsi yang jarang digunakan oleh orang ramai yang menggukan sistem operasi "windows" aka tetingkap ialah "System Restore". Hal ini terjadi, mungkin kerana ia agak tersorok ataupun sukar digunakan oleh pengguna umum. Untuk memudahkannya, salah satu perisian pelengkap dari pembangun pihak ketiga adalah System Restore Creator.


Restore Point Creator (RPC) adalah salah satu perisian bersaiz kecil yang turut boleh digunakan sebagai portable app pada sesebuah komputer.

Dengan menggunakan Restore Point Creator, pegguna boleh melihat senarai  "Restore Point" pada komputer mereka disamping membuat "Restore Point" yang baru pada komputer anda.

Salah satu penggunaannya yang boleh menarik minat si pengguna pada perisian ini adalah kebolehen untuk menjadualkan perkara tersebut, memudahkan anda menguruskannya secara automatik.

Pengguna juga boleh menguruskan saiz storan yang akan digunakan oleh "Restore Point" menggunakan perisian ini.

Walaupun kebanyakkan daripada fungsinya boleh dibuat terus melalui sokongan terbina pada Windows, perisian ini mungkin akan membantu anda serba sedikit dan menguruskannya dengan lebih mudah serta pantas.

Muat Turun - Restore Point Creator

Posting Lebih Baru
Previous
This is the last post.

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © 2013 - 2014 [RS] RobbyShare.com All Right Reserved