Sabtu, 22 Februari 2014

RAKUTEN BAKAL MENGAMBIL ALIH VIBER PADA HARGA $900 JUTA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Arena permesejan dunia semakin terus menerus meriah dan makin banyak aplikasi permesejan yang kian popular misalnya WeChatWhatsAppLine & Viber. Bercakap tentang Viber, kini syarikat gergasi Jepun iaitu Rakuten mengumumkan bahawasanya mereka akan mengambil-alih syarikat permsejan dan VoIP popular, Viber pada harga $900 juta bersamaan RM2985.75 juta.

Seperti yang disedia maklum, Viber sebelum ini pernah ditawarkan pada pelbagai platform termasuk mmperluaskan tawaran panggilan ke talian tetap di Malaysia baru-baru ini. Serta memperkenalkan aplikasi untuk Windows 8.

Pengambil-alihan Viber oleh syarikat Rakuten bakal membuatkan persaingan yang sengit antara aplikasi permesejan di Asia agar terus meriah. Viber dikhabarkan mempunyai lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia.

Sebelum ini, Rakuten selah mengambil alih Viki, iaitu salah satu perkhidmatan video. PEnambahan Viber ini bakal terus menambah portfolio baru dibawah syarikat gergasi Jepun tersebut.

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © 2013 - 2014 [RS] RobbyShare.com All Right Reserved