Sabtu, 22 Februari 2014

PENAWARAN IPAD 2 AKAN DIHENTIKAN



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apple iPad 2 boleh dikatakan sebagai salah satu tablet yang ditawarkan oleh Apple untuk suatu tempoh masa yang agak lama walaupun dengan pengenalan iPad Retina dan iPad Air. Namun, kini ia dikhabarkan bahawa Apple akan menghentikan penawaran produk berkenaan.

iPad 2 merupakan iPad yang tidak membawakan resolusi Retina, dan juga merupakan iPad yang berukuran 9.7-inci yang ditawarkan pada harga rendah berbanding dengan iPad Retina dan iPad Air.

Namun, dengan pengenalan iPad Mini, ia dilihat lebih disukai ramai dan semakin ramai yang mula mendapatkannya. Apatah lagi dengan saiz dan juga sokongan Retina yang diperkenalkan pada tahun lepas.

iPad 2 yang diperkenalkan pada tahun 2011 yang lepas merupakan salah satu tablet yang popular serta yang terawal untuk ditawarkan dengan sokongan Smart Cover dan kamera hadapan untuk FaceTime.

0 komentar:

Posting Komentar

Copyright © 2013 - 2014 [RS] RobbyShare.com All Right Reserved