UBUNTU PHONE AKAN HADIR PADA TAHUN INI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada hari ini, pihak Canonical berkongsi beberapa perancangan mereka. Termasuk mengumumkan akan hadir dengan telefon pintar yang berasaskan Ubuntu melalu kerjasama rakan mereka iaitu Meizu dan BQ. Hal ini telah dinantikan oleh semua pengguna Ubuntu di seluruh dunia.
Tarikh dan harga pelancarannya masih tidak diketahui. Namun, ia dikatakan menyasarkan harga pasaran negara membangun. Maklumat selanjut berkenaanya mungkin akan diketahui tidak lama lagi dalam masa terdekat. Meizu merupakan salah satu pengeluar peranti di China, manakala BQ pula pengeluar peranti di Eropah.
Canonical juga mengatakan bahawa dua pengeluar terkemuka akan turut hadir dengan telefon bersistem operasikan Ubuntu pada tahun 2015 kelak iaitu tahun hadapan.
Mengenai aplikasi pula, pihak Canonical menyatakan lebih kurang 50 aplikasi popular yang akan turut hadir ke platform peranti mudah-alih tersebut menjelang penghujung tahun 2014. Antara aplikasi yang telah tersedia adalah Evernote, LastPass, dan juga pemain media VLC.

0 komentar:
Posting Komentar